Sabtu, 20 September 2008

Apa Dah Jadi.............

No Ahli : 06-00149309

Semua Guru DG2941, Berdasakan komen Puan S/u dalam bolg nutp sebagai respon kepada rungutan guru DG2941, saya rasa nasib kita akan terus terpinggir. Ini dikuatkan lagi dengan hasrat nutp untuk perkenalkan skim gaji baru. Pelbagai cadangan dan rungutan telah diluahkan tetapi jawapan tetap sama ("Nutp faham masalah guru DG2941") itu sahaja.

Pada saya pihak kerajaan atau kementerian mesti dimaklumkan tentang kekalutan ini bukan JPA. Cadangan pkpg05 dalam bolg nutp contohnya boleh diteliti. Kepada rakan-rakan yang arif mengenai undang-undang, mungkin boleh mencari jalan bagaimana masalah ini boleh diselesaikan melalui saluran undang atau mahkamah(Jika tiada jalan lain). Namun NUTP masih harapan kami.

Kepada dnO-Ira, anda tak faham dan tidak menghadapi masalah ini lebih baik diam jangan cuba nak pecah belahkan perpaduan antara guru. Cuba kira ni jika sebulan perbezaan gaji ialah RM250 maka kalau sepuluh tahun berapa....?

Apa yang menjadikan perkara ini kusut mungkin kerana tumpuan khusus daripada Nutp, Rundingan dijalankan bersama isu-isu lain maka akan wujudlah situasi tarik tali untuk mewujudkan keputusan menang-menang antara Nutp dengan pihak terbabit. Akhirnya yang kalah ialah guru DG2941.

Akhir kata, semakin lama masalah ini berlarutan maka semakin rendah martabat profesion perguruan di mata awam. Anggapan guru mata duitan akan semakin menebal.

Abah008